PERNIAGAAN SEMAKIN MENCABAR
ASSALAMUALAIKUM
SECARA sedar atau tidak, HPA kini telah memasuki usia 10 tahun dalam dunia perniagaan MLM. Bulan Ramadhan tahun ini, genaplah usia itu dan saya percaya ramai yang masih ingat MLM HPA bermula pada 1 Ramadhan 10 tahun yang lalu.

Bagi kita perniagaan ini memerlukan keberkatan dari Allah SWT kerana sebaik manapun perancangan dibuat sudah tentu tidak akan membuahkan kejayaan tanpa izin dari-Nya. Bermula dari sinilah kita menerapkan kerja-kerja pembinaan insan walaupun di mana kita berada.

Apabila kita telah bersama HPA, kita adalah matarantai yang bersambung, bergerak seiringan dengan matlamat HPA. Bermula dari negeri kecil di Utara, kita mula menebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak. Pengedar HPA di Brunei yang mengambil produk di MIRI kini turut gembira dengan pembukaan cawangan baru HPA di negera itu bulan (Ogos 2007).

Kejayaan HPA membuka pejabat pejabat di bumi Mekah sekali lagi memberikan semangat baru pada warga HPA bagi menguasai pasaran global. Seiringan dengan itu, HPA juga membuka cawangannya di Dubai bagi menguasai pasaran negara Timur Tengah. Perkekmbangan ini menjadi lebih menarik apabila HPA akan mengenapkan 500 produk semuanya.

Kesemuanya akan menjadikan HPA sebuah pasar raya yang bergerak di mana-mana. Penantian kepada makanan halal akan menjadi realiti pada ummah. Bagi memenuhi kehendak yang semakin besar ini. HPA kini membuka kilang di tapak baru iaitu di Hosba dan Sungai Petani, Kedah. Kilang yang besar ini akan mampu menyediakan keperluan jualan melebihi RM 10 juta sebulan.

Bagi pengedar yang datang ke Utara, nanti akan berpeluang untuk tidur di hotel HPA yang bersih dan indah berteraskan famili hotel. Seluruh cawangan HPA akan disiapkan hingga 60 cawangan akan beroperasi 7 hari dalam seminggu akan menjadi tempat kunjungan masyarakat kerana ia menyediakan kepada 3 kelompok produk iaitu ubatan herba, barangan harian dan kosmetik.

Kosmetik HPA yang dikeluarkan bermutu tinggi dan menyediakan pelbagai pilihan pada pengguna. Kursusu kecantikan akan bergerak bersama kursus perkongsian bijak bagi memperkukuhkan pasaran baru dalam HPA.

Dijangka penjualan akan mencapai 10 juta pada hujung tahun nanti. Konvek yang akan diadakan bertajuk HPA Internasional "Satu Kad Satu Matlamat" akan dikunjungi dari peniaga Islam seluruh dunia di Putrajaya Kuala Lumpur.

Tahniah pada anda semua yang telah bersama dengan perniagaan ini dengan setianya.

WASALLAM

(Petikan dari HPA News Edisi 4 September 2007 Ramadhan 1428)